Sabda Rasulullah SAW
ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke
tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah
sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad).
(Hadis riwayat Imam Ahmad).
Apabila
Nabi Muhammad s.a.w. menyebut bahawa Constantinople akan dibuka oleh raja dan
tentera terbaik, kerajaan Islam sepanjang zaman telah berusaha menjadikannya
kenyataan. Selepas cubaan selama 800 tahun, barulah ia berlaku. Hagia Sophia
(Aya Sofiya) di Istanbul simbol kejayaan Sultan Muhammad Al Fatih membuka
Constantinople. Sekalipun tentera Islam telah menduduki pusat pemerintahan
Byzantine itu, monumen berharga seperti Hagia Sophia tidak dimusnahkan,
sebaliknya mengekalkannya sebagai masjid.
Kota
Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di
sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus.
Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi,
Bulgaria dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota
tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan
Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.
SULTAN
MUHAMMAD AL FATIH
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan
Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT di
dalam Hadis Rasulullah tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang
dilancarkan menemui kegagalan. Diantaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah,
1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan
Uthmaniyyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman
Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al Ansary RA
telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas
wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka
beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda
sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka
membebaskan Constantinople”.Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi
saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800
tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan
Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah
kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja”
dan “sebaik-baik tentera” di dalam Hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di
Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup
baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana
telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga
dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih dan Muhammad The Conqueror kerana
kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia
19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan
seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin
sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481. Ada ahli sejarah
berpendapat baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan
bersepadu. Di dalam bidang keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali
dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu
peperangan pula, baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah
dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah
seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu
Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang
Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan
mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang
baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda
telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah
diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan
serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri
terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam,
berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat
cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan
negara.
Penawanan
Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke
tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) .
Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan
tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak
peristiwa inilah baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana
kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK
RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan,
timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua
tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak
baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila
duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara
mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang
sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”.
Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara
kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud
walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali
Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat
fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak
didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah
diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
Jasa dan sumbangan
Kejayaan
baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum
dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang
dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya.
Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.
Antara
sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople
yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang
menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama
tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk
kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina
bersebelahan makamnya.
Diceritakan
bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat
wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat
tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah
meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat
baginda meninggal dunia.
PAKEJ ZIARAH ISTANBUL / TURKI BERSAMA
TUAN HAJI USTAZ AHMAD DUSUKI
No comments:
Post a Comment